Tambah kesan bunyi dalam iMovie pada iPad
iMovie datang dengan berdozen kesan bunyi percuma yang boleh anda tambah pada filem anda.
Klip kesan bunyi berwarna biru dalam garis masa. Jika anda menambah kesan bunyi yang diimport yang 1 minit atau lebih panjang, ia berkelakuan sama seperti muzik latar belakang dalam projek dan berwarna hijau dalam garis masa projek. Lihat Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPad.
Dengan projek anda terbuka, skrol ke garis masa agar penunjuk main (garis menegak putih) muncul atas lokasi tempat anda ingin kesan bunyi bermula.
Ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Jika pelayar media tidak kelihatan, ketik butang Tambah Media di penjuru kanan atas, kemudian ketik Audio di bahagian bawah pelayar media.
Ketik Kesan Bunyi.
Untuk mendengar kesan bunyi sebelum menambahnya, ketiknya.
Untuk menambah kesan bunyi, ketiknya, kemudian ketik butang Tambah Audio .