Rakam video dan ambil foto dalam iMovie pada iPad
Anda boleh merakam video atau mengambil foto terus ke dalam projek filem anda. Video dan foto yang dirakam disimpan dalam pustaka Foto anda.
Rakam video
Dengan projek anda terbuka, skrol garis masa agar penunjuk main (garis menegak putih) muncul di tempat anda mahu tambah video baru.
Ketik butang Kamera .
App Kamera terbuka dalam mod video.
Ketik butang Rakam untuk mula merakam video; ketiknya sekali lagi untuk berhenti merakam.
Petua: Anda boleh mengetik resolusi dan kadar bingkai di bawah butang rakam untuk menukar cara video dirakam.
Untuk pratonton video, ketik butang Main ; ketiknya sekali lagi untuk berhenti.
Ketik Gunakan Video untuk menambah video pada projek anda, atau ketik Ambil Semula untuk membuang rakaman sebelumnya dan rakam video baru.
Video yang dirakam disimpan dalam pustaka Foto anda.
Ambil foto
Anda boleh mengambil foto terus ke dalam projek iMovie untuk digunakan dalam projek itu sahaja.
Dengan projek anda terbuka, skrol garis masa agar penunjuk main (garis menegak putih) muncul di tempat anda mahu tambah foto baru.
Ketik butang Kamera .
App Kamera terbuka dalam mod video.
Ketik Foto.
Nota: Untuk mendapatkan hasil terbaik, putar peranti anda ke orientasi landskap sebelum mengambil foto untuk digunakan dalam projek video.
Ketik butang Pengatup untuk mengambil foto.
Ketik Guna Foto untuk menambah foto pada projek anda, atau ketik Ambil Semula untuk memadamkan foto sedia ada dan mengambil yang baru.