Cipta projek filem dalam iMovie pada iPad
Dengan iMovie, mudah untuk mencipta filem menarik yang kelihatan profesional terus pada iPhone atau iPad anda.
Selepas anda mencipta projek filem, anda boleh melayari klip video untuk menambah padanya. Pelayar media memaparkan semua klip video yang anda rakam daripada dalam iMovie dan juga sebarang klip video daripada pustaka foto anda.
Dalam pelayar Projek, ketik butang Cipta , kemudian ketik Filem.
Skrin Detik muncul, menunjukkan media anda disusun dalam detik - semua foto dan klip video dari hari atau peristiwa tertentu.
Sentuh dan tahan imej kecil untuk mempratonton foto pada saiz yang lebih besar atau untuk memainkan klip video.
Ketik foto dan klip video yang anda mahu masukkan dalam filem anda.
Anda boleh mengetik item satu persatu atau ketik Pilih untuk memilih seluruh detik. Item yang dipilih mempunyai ikon tanda semak biru .
Nota: Untuk melihat klip video, foto dan album, ketik Media di penjuru kiri atas.
Ketik Cipta Filem (di bahagian bawah skrin).