
Mainkan tayangan slaid foto anda di iCloud.com
Anda boleh menonton tayangan slaid foto anda yang diset kepada muzik di iCloud.com.
Nota: Apabila akaun anda terhad kepada ciri web iCloud sahaja, anda hanya boleh mengakses album dikongsi dan Pautan iCloud. Lihat Dapatkan lagi ciri iCloud .
- Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu). 
- Ketik Pilih, kemudian pilih foto yang ingin anda sertakan dalam tayangan slaid. - Jika anda memilih video, tayangan slaid akan termasuk imej kecil video. 
- Ketik  di penjuru kanan sebelah bawah, kemudian ketik Mainkan Tayangan Slaid. di penjuru kanan sebelah bawah, kemudian ketik Mainkan Tayangan Slaid.
- Pilih tema: - Ken Burns: Foto menyorot ke sisi dan kemudian hilang untuk peralihan. 
- Pantulan: Foto zum masuk sedikit dan meluncur ke atas untuk peralihan. 
- Hilang: Foto kekal tidak bergerak dan kemudian hilang untuk peralihan. 
- Tolak: Foto kekal tidak bergerak dan bergerak ke sisi untuk peralihan. 
 
- Ketik Mainkan Tayangan Slaid. 
- Sementara tayangan slaid dimainkan, ketik skrin, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut: - Jeda: Ketik  . Untuk mula memainkan semula, ketik . Untuk mula memainkan semula, ketik . .
- Langkau ke foto seterusnya atau sebelumnya: Ketik imej kecil di bahagian bawah skrin. 
- Mulakan semula tayangan slaid: Ketik  . .
- Edit tayangan slaid: Ketik  , tukar sebarang pilihan, kemudian ketik Simpan. , tukar sebarang pilihan, kemudian ketik Simpan.
- Berhenti menonton tayangan slaid: Ketik  . .