Pulihkan fail yang dipadam di iCloud.com
Di iCloud.com, anda boleh memulihkan fail yang dipadam dari kedua iCloud Drive dan app lain. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mendapatkan semula atau memulihkan fail yang anda keluarkan secara kekal.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, ketik Baru Dipadamkan dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik di penjuru kiri sebelah atas.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pulihkan beberapa item: Ketik , ketik Pilih, ketik item yang ingin dipulihkan, kemudian ketik Pulihkan di bahagian bawah skrin.
Pulihkan semua item: Ketik Pulihkan Semua di bahagian bawah skrin.
Untuk kembali ke fail anda yang lain, ketik pilihan lain dalam bar sisi, seperti Layari atau Terbaru.
Cari fail anda yang dipulihkan dalam folder yang mana ia berada semasa anda memadamkan fail tersebut. Contohnya, jika fail terdapat dalam folder Pages semasa anda memadamkannya, cari fail yang dipulihkan dalam folder Pages.