
Lihat foto dan video anda di iCloud.com
Anda boleh melihat foto dan video yang disimpan dalam Foto iCloud menggunakan pelayar web.
Nota: Apabila akaun anda terhad kepada ciri web iCloud sahaja, anda hanya boleh mengakses album dikongsi dan Pautan iCloud. Lihat Dapatkan lagi ciri iCloud .
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik album dikongsi atau Pautan iCloud di bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Untuk melihat skrin penuh foto atau video, ketik imej kecil.
Semasa melihat skrin penuh foto, anda boleh meleret untuk melihat foto lain. Anda juga boleh mengetik atau meleret imej kecil di bahagian bawah skrin untuk melihat foto lain.
Anda juga boleh memainkan foto anda dalam tayangan slaid.