iCloud

Kongsi fail dan folder dalam iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh berkongsi fail dan folder dalam iCloud Drive supaya orang lain boleh melihat dan mengedit fail dan folder tersebut.
Pada iPhone, anda boleh melihat, menyusun dan memadamkan fail dan folder yang dikongsi di iCloud.com. Lihat Tambah atau keluarkan fail dan folder yang dikongsi dalam iCloud Drive di iCloud.com dan Padamkan fail atau folder yang dikongsi dalam iCloud Drive di iCloud.com.
Jika anda mahu berkongsi fail dan folder serta menguruskan perkongsian, anda mesti pergi ke iCloud.com pada sebuah iPad atau Mac atau komputer Windows.
Anda juga boleh menggunakan app Fail pada iPhone anda untuk berkongsi fail dan folder. Lihat Kongsi fail dan folder dalam iCloud Drive dalam Panduan Pengguna iPhone.