
Susun nota dalam folder di iCloud.com
Anda boleh menyusun nota anda dengan menyimpannya dalam folder. Selain folder yang anda cipta, Nota juga mencipta folder berikut secara automatik:
Semua iCloud: Menunjukkan nota pada semua folder kecuali folder Baru Dipadamkan.
Nota: Mengandungi nota yang belum dipindahkan ke folder yang anda cipta atau tidak terdapat dalam folder Baru Dipadamkan.
Baru Dipadamkan: Mengandungi nota yang anda padamkan dalam masa 30 hari yang lalu.
Untuk mengendalikan folder, pastikan senarai folder kelihatan. Lihat Paparkan senarai folder atau nota dalam Nota di iCloud.com.
Cipta folder
Dalam Nota di iCloud.com, ketik
di bahagian bawah senarai folder.
Namakan folder tersebut, kemudian ketik kekunci Return atau Enter.
Folder anda dipaparkan dalam senarai folder mengikut urutan abjad.
Namakan semula folder
Dalam Nota di iCloud.com, ketik
di bahagian bawah senarai folder.
Ketik dua kali pada folder yang namanya anda ingin ubah, taipkan nama baharu, kemudian ketik kekunci Return atau Enter.
Padam folder
Dalam Nota di iCloud.com, ketik
di bahagian bawah senarai folder.
Ketik
di sebelah folder yang anda ingin padamkan, kemudian ketik Padamkan Folder.
Nota dalam folder yang anda padam dialihkan ke folder Baru Dipadamkan dan akan kekal di dalam folder itu selama 30 hari. Pada masa itu anda masih boleh melihat dan memulihkannya. Selepas 30 hari, nota dipadamkan secara kekal. Lihat Padamkan dan pulihkan nota di iCloud.com.
Anda tidak boleh memadam folder Semua iCloud, Nota atau Baru Dipadamkan tetapi anda boleh memadamkan nota di dalam folder tersebut. Jika anda memadamkan semua nota dalam folder Baru Dipadamkan, ia akan hilang sehingga anda memadamkan lebih banyak nota.