Apple ID

Apple ID ialah akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, iTunes Store dan banyak lagi.

  • Apple ID terdiri daripada alamat e‑mel dan kata laluan. Di beberapa lokasi, anda boleh menggunakan nombor telefon selain daripada alamat e‑mel. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai Apple ID anda.

  • Daftar masuk dengan Apple ID yang sama untuk menggunakan sebarang perkhidmatan Apple, pada sebarang peranti. Dengan cara itu, apabila anda membuat pembelian atau memuat turun item pada satu peranti, item yang sama akan tersedia pada peranti anda yang lain. Pembelian anda dikaitkan dengan Apple ID anda dan tidak boleh dipindahkan ke Apple ID yang lain.

  • Sebaik‑baiknya anda mempunyai Apple ID sendiri dan tidak berkongsi. Jika anda adalah sebahagian daripada kumpulan keluarga, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi pembelian antara ahli keluarga—tanpa perlu berkongsi Apple ID.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple ID, lihat laman web Sokongan Apple ID. Untuk mencipta Apple ID atau menguruskan seting Apple ID anda, pergi ke laman web akaun Apple ID.