Cari AirTag atau item lain dalam Cari pada Mac
Dalam Cari, item ialah AirTag atau produk pihak ketiga yang didaftarkan pada Apple ID anda. Anda boleh menggunakan Cari untuk melihat lokasi item hilang dan mendapatkan arah kepadanya.
Penting: Untuk mencari item yang hilang, anda mesti mendaftarnya pada Apple ID anda sebelum item hilang. Lihat artikel Sokongan Apple Jejak item peribadi menggunakan Cari.
Lihat lokasi item
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Item.
Petua: Jika paras bateri item rendah, ikon bateri lemah kelihatan bersebelahan namanya dalam senarai Item. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggantikan bateri dalam AirTag anda.
Dalam senarai Item, pilih item yang anda mahu cari.
Jika item dapat dicari: Ia muncul pada peta supaya anda boleh melihat lokasinya. Lokasi dan cap masa yang dikemas kini kelihatan di bawah nama item. Jika terdapat bulatan biru di sekeliling item, lokasi adalah anggaran.
Jika item tidak dapat dicari: Di bawah nama item, “Tiada lokasi ditemui” muncul. Jika anda mahu dimaklumkan apabila lokasi tersedia, klik butang Info pada peta, kemudian pilih Maklumkan Apabila Ditemui. Anda menerima pemberitahuan setelah ia ditemui.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat Tukar seting Pemberitahuan pada Mac.
Mainkan bunyi
Jika item berdekatan, anda boleh memainkan bunyi padanya untuk membantu anda mencarinya.
Nota: Jika anda tidak boleh memainkan bunyi pada item, anda tidak akan melihat butang Mainkan Bunyi.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Item.
Dalam senarai Item, pilih item yang anda mahu mainkan bunyi padanya, kemudian klik butang Info pada peta.
Klik Mainkan Bunyi.
Untuk berhenti memainkan bunyi sebelum ia ditamatkan secara automatik, klik Hentikan Bunyi.
Dapatkan arah ke item
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Item.
Dalam senarai Item, pilih item yang anda mahu dapatkan arahnya, kemudian klik butang Info pada peta.
Klik Arah.
Nota: Anda juga boleh Control-klik item dalam senarai Item, kemudian pilih Arah.
App Peta terbuka dengan arah daripada lokasi anda ke lokasi semasa item. Lihat Dapatkan arah dalam Peta.
Jika anda mahu mengeluarkan item supaya orang lain boleh mendaftarnya pada Apple ID mereka, lihat “Keluarkan AirTag atau item lain daripada Cari” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.