![](https://help.apple.com/assets/604291A61F5BAB61D246F26A/604291AF1F5BAB61D246F272/ms_MY/ddc731cb860939a83b0e2dd2ae548257.png)
Cari item dalam Cari pada Mac
Dalam Cari, item ialah AirTag (macOS 11.3 atau lebih baharu) atau produk pihak ketiga (macOS 11.1 atau lebih baharu) yang didaftarkan pada Apple ID anda. Anda boleh menggunakan Cari untuk melihat lokasi item hilang dan mendapatkan arah kepadanya.
Penting: Untuk mencari item yang hilang, anda mesti mendaftarnya pada Apple ID anda sebelum item hilang. Lihat artikel Sokongan Apple Jejak item peribadi menggunakan Cari.
Lihat lokasi item
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Item.
Dalam senarai Item, pilih item yang anda mahu cari.
Jika item dapat dicari: Ia muncul pada peta supaya anda boleh melihat lokasinya. Lokasi dan cap masa yang dikemas kini kelihatan di bawah nama item. Jika terdapat bulatan biru di sekeliling item, lokasi adalah anggaran.
Jika item tidak dapat dicari: Di bawah nama item, “Tiada lokasi ditemui” muncul. Jika anda mahu dimaklumkan apabila lokasi tersedia, klik butang Info
pada peta, kemudian pilih Maklumkan Apabila Ditemui. Anda menerima pemberitahuan setelah ia ditemui.
Dapatkan arah kepada item dalam Peta
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Item.
Dalam senarai Item, pilih item yang anda mahu dapatkan arahnya, kemudian klik butang Info
pada peta.
Klik Arah.
Nota: Anda juga boleh Control-klik item dalam senarai Item, kemudian pilih Arah.
App Peta
terbuka dengan arah daripada lokasi anda ke lokasi semasa item. Lihat Dapatkan arah dalam Peta.
Jika anda mahu mengeluarkan item supaya orang lain boleh mendaftarnya pada Apple ID mereka, lihat “Keluarkan AirTag atau item lain daripada Cari” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.