Cari peranti dalam Cari pada Mac
Dalam Cari, anda boleh melihat lokasi peranti Apple yang hilang dan memainkan bunyi padanya untuk membantu anda mencarinya.
Penting: Untuk mencari peranti yang hilang, anda mesti menambahnya ke Cari sebelum peranti hilang.
Lihat lokasi peranti
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu cari.
Jika peranti dapat dicari: Ia muncul pada peta supaya anda boleh melihat lokasinya. Lokasi dan cap masa yang dikemas kini kelihatan di bawah nama peranti. Jika terdapat bulatan biru di sekeliling peranti, lokasi adalah anggaran.
Jika peranti tidak dapat dicari: Di bawah nama peranti, “Tiada lokasi ditemui” muncul. Jika anda mahu dimaklumkan apabila lokasi tersedia, klik butang Info pada peta, kemudian pilih Maklumkan Apabila Ditemui. Anda menerima pemberitahuan setelah ia ditemui.
Mainkan bunyi pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, atau Apple Watch anda
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu mainkan bunyi padanya, kemudian klik butang Info pada peranti.
Klik Mainkan Bunyi.
Nota: Anda juga boleh Control-klik peranti dalam senarai Peranti, kemudian pilih Mainkan Bunyi.
Jika peranti di dalam talian: Bunyi bermula selepas tundaan pendek dan semakin meningkat dalam kelantangan, kemudian bermain sepanjang lebih kurang dua minit. Peranti mungkin bergetar. Isyarat Cari [peranti] Saya juga muncul pada skrin peranti.
E-mel pengesahan juga dihantar ke alamat e-mel Apple ID anda.
Jika peranti di luar talian: Bunyi dimainkan pada kali seterusnya peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau selular.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Cari dengan peranti lain, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch.
Mainkan bunyi pada AirPods atau produk Beats anda
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih AirPods atau produk Beats anda, kemudian klik butang Info pada peta.
Klik Mainkan Bunyi. Jika AirPods atau produk Beats anda diasingkan, anda boleh klik Kiri atau Kanan untuk mencarinya satu demi satu.
Jika AirPods atau produk Beats anda dalam talian: Ia memainkan bunyi serta-merta (untuk dua minit).
E-mel pengesahan juga dihantar ke alamat e-mel Apple ID anda.
Jika AirPods atau produk Beats anda di luar talian: Anda menerima pemberitahuan pada peranti anda kali seterusnya ia berada dalam lingkungan satu daripada peranti anda dan Cari dibuka.
Nota: Jika AirPods anda berada dalam bekasnya, AirPods tidak akan memainkan bunyi.
Untuk maklumat lanjut tentang menggunakan Cari dengan AirPods, lihat tapak web Sokongan AirPods.
Berhenti memainkan bunyi pada peranti
Jika anda menemui peranti dan mahu menyahaktifkan bunyi sebelum ia berhenti secara automatik, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Mac: Klik OK dalam isyarat Cari Mac Saya.
iPhone, iPad, atau iPod touch: Tekan butang kuasa atau butang kelantangan, atau petik suis Dering/Senyap. Jika peranti dikunci, anda juga boleh membuka kuncinya, atau leret untuk menutup isyarat Cari [peranti] Saya. Jika peranti dibuka kunci, anda juga boleh mengetik OK dalam isyarat Cari [peranti] Saya.
Apple Watch: Ketik Tutup dalam isyarat Cari Jam Saya, atau tekan Digital Crown atau butang sisi.
AirPods: Letakkan AirPods anda dalam bekasnya dan tutup penutupnya, atau klik Henti dalam Cari.
Produk Beats: Bergantung pada model produk Beats, anda boleh meletakkannya dalam bekas dan menutupnya, atau menekan butang kuasa. Anda juga boleh mengklik Henti dalam Cari.
Dapatkan arah ke peranti
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu dapatkan arahnya, kemudian klik butang Info pada peta.
Klik Arah.
Nota: Anda juga boleh Control-klik peranti dalam senarai Peranti, kemudian pilih Arah.
App Peta terbuka dengan arah daripada lokasi anda ke lokasi semasa peranti. Lihat Dapatkan arah dalam Peta.
Petua: Anda boleh membantu rakan mencari peranti mereka dengan membuka iCloud.com supaya mereka boleh mendaftar masuk ke akaun iCloud mereka pada Mac anda. Dalam senarai Orang, pilih diri anda, kemudian klik butang Info pada peta. Di bahagian bawah, klik “Bantu rakan”, klik “Gunakan Apple ID berlainan”, kemudian biarkan rakan anda daftar masuk.