![](https://help.apple.com/assets/604291A61F5BAB61D246F26A/604291AF1F5BAB61D246F272/ms_MY/ddc731cb860939a83b0e2dd2ae548257.png)
Cari rakan dalam Cari pada Mac
Selepas anda mula mengikuti rakan, anda boleh melihat dan melabelkan lokasi mereka, menghubungi mereka menerusi Mesej, FaceTime, atau e-mel dan mendapatkan arah ke lokasi mereka.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Di mana John Bishop?” atau “Siapa yang berdekatan?” Ketahui cara untuk meminta Siri.
Dalam app Cari
pada Mac anda, klik Orang.
Dalam senarai Orang, pilih nama.
Jika rakan anda dapat dicari: Ia muncul pada peta supaya anda boleh melihat lokasinya.
Jika rakan anda tidak dapat dicari: Anda melihat “Tiada lokasi ditemui” di bawah nama mereka.
Jika anda tidak mengikuti rakan anda: Anda melihat “Boleh melihat lokasi anda” di bawah nama mereka. Minta untuk mengikuti rakan untuk melihat lokasi mereka.
Klik butang Info
pada peta, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Labelkan lokasi rakan: Klik Edit Nama Lokasi, kemudian pilih pilihan (seperti Rumah atau Gim), atau klik Tambah Label Tersuai, masukkan nama, kemudian tekan Return.
Label muncul di bawah nama rakan anda dan bukannya maklumat lokasi.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Adakah John di tempat kerja?” Ketahui cara untuk meminta Siri.
Hubungi rakan: Klik Kenalan, kemudian pilih pilihan.
Nota: Anda juga boleh Control-klik nama dalam senarai Orang, kemudian pilih Tunjukkan Kad Kenalan.
Dapatkan arah ke lokasi rakan: Klik Arah.
Nota: Anda juga boleh Control-klik nama dalam senarai Orang, kemudian pilih Arah.
App Peta
terbuka dengan arah daripada lokasi anda ke lokasi semasa rakan anda. Lihat Dapatkan arah dalam Peta.
Sediakan pemberitahuan: Lihat Setkan lokasi pemberitahuan untuk rakan.