
Sediakan Cari pada Mac
Sebelum anda boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan anda dan mencari peranti dan item Apple, anda perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari Mac Saya. Anda boleh melakukan ini apabila anda membuka Cari untuk kali pertama atau kemudian dalam Keutamaan Sistem.
Aktifkan Perkhidmatan Lokasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.Buka anak tetingkap Privasi untuk saya
Jika kunci di bahagian kiri bawah dikunci
, kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Klik Perkhidmatan Lokasi di sebelah kiri.
Pilih Dayakan Perkhidmatan Lokasi, kemudian pilih Cari dalam senarai app.
Jika anda tidak melihat Cari, pergi ke Perkhidmatan Sistem dalam senarai app, klik Butiran, kemudian pilih Cari Mac Saya.
Sediakan Cari Mac Saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Jika anda tidak melihat Apple ID, klik Daftar Masuk, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda atau klik Cipta Apple ID (jika anda belum mempunyai satu).
Klik iCloud dalam bar sisi.
Pilih Cari Mac Saya, kemudian klik Benarkan (jika diminta) untuk membenarkan Cari Mac Saya menggunakan lokasi Mac anda.
Jika butang Butiran bersebelahan Cari Mac Saya, pastikan anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari dalam keutamaan Keselamatan & Privasi.
Untuk mendapatkan butiran tentang privasi dan cara anda boleh mengawal maklumat pada Mac anda yang terdedah, lihat Kawal privasi anda.