Sediakan Cari pada Mac
Sebelum anda boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan anda dan mencari peranti dan item Apple, anda perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari Mac Saya. Anda boleh melakukan ini apabila anda membuka Cari untuk kali pertama atau kemudian dalam Seting Sistem.
Aktifkan Perkhidmatan Lokasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perkhidmatan Lokasi di sebelah kanan.
Aktifkan Dayakan Perkhidmatan Lokasi, kemudian nyahaktifkan Cari dalam senarai app.
Jika anda tidak melihat Cari, pergi ke Perkhidmatan Sistem dalam senarai app, klik Butiran, kemudian aktifkan Cari Mac Saya.
Sediakan Cari Mac Saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi. Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta satu.
Klik iCloud di sebelah kanan, kemudian klik Cari Mac Saya.
Jika Cari Mac Saya tiada dalam senarai, klik Tunjukkan Semua.
Klik Aktifkan, kemudian klik Benarkan apabila diminta untuk membenarkan Cari Mac Saya menggunakan lokasi Mac anda.
Klik Selesai.
Jika ikon Cari dalam seting iCloud mempunyai lencana amaran , pastikan anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari dalam seting Privasi & Keselamatan.
Untuk mendapatkan butiran tentang privasi dan cara anda boleh mengawal maklumat pada Mac anda yang terdedah, lihat Kawal privasi anda.