Tambah Mac anda ke Cari
Anda boleh menambahkan Mac anda ke Cari untuk membantu anda mencari dan melindunginya jika ia hilang atau dicuri.
Tambah Mac anda ke Cari
Jika anda telah menyediakan Cari pada Mac ini, anda tidak perlu menyelesaikan tugas ini.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi. Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta satu.
Klik iCloud di sebelah kanan, kemudian klik Cari Mac Saya.
Jika Cari Mac Saya tiada dalam senarai, klik Tunjukkan Semua.
Klik Aktifkan, kemudian klik Benarkan apabila diminta untuk membenarkan Cari Mac Saya menggunakan lokasi Mac anda.
Klik Selesai.
Jika ikon Cari dalam seting iCloud mempunyai lencana amaran , pastikan anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari dalam seting Privasi & Keselamatan.
Apabila anda mengaktifkan Cari Mac Saya, keupayaan untuk mencari, mengunci, atau memadamnya diaktifkan secara automatik. Bergantung pada model Mac anda, Kunci Pengaktifan juga diaktifkan secara automatik untuk menghalang orang lain daripada mengaktifkan dan menggunakan Mac anda, walaupun ia telah dipadamkan sepenuhnya. Lihat Kunci Pengaktifan dan Cari.
Aktifkan atau nyahaktifkan pilihan Cari Mac Saya
Apabila anda mengaktifkan Cari Mac Saya, rangkaian Cari juga diaktifkan, supaya Mac anda boleh ditemui walaupun ia tidak disambungkan ke Wi-Fi. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan ini bila-bila masa anda mahu.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi. Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta satu.
Klik iCloud di sebelah kanan, kemudian klik Cari Mac Saya. (Jika Cari Mac Saya tiada dalam senarai, klik Tunjukkan Semua.)
Jika ikon Cari dalam seting iCloud mempunyai lencana amaran , pastikan anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dan Cari dalam seting Privasi & Keselamatan.
Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:
Cari Mac Saya: Mengaktifkan pilihan ini membantu anda mencari Mac anda jika anda tersalah letak dan melindungi maklumat dalamnya.
Rangkaian Cari: Mengaktifkan pilihan ini membantu anda mencari peranti anda (menggunakan Bluetooth) walaupun apabila ia tidak disambungkan ke Wi-Fi atau rangkaian selular.
Klik Selesai.
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga dan anda menyediakan perkongsian lokasi dengan ahli keluarga sebelum Mac anda hilang atau dicuri, orang tersebut boleh membantu anda mencarinya menggunakan Cari. Lihat Tukar seting Perkongsian Lokasi dalam Perkongsian Keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Cari dengan peranti lain, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch atau AirPods.