Setkan isyarat terpisah sekiranya anda tertinggal peranti dalam Cari pada Mac
Anda boleh mengaktifkan isyarat terpisah untuk peranti supaya anda tidak tertinggalnya secara tidak sengaja. Anda juga boleh mengesetkan Lokasi Dipercayai, iaitu lokasi yang anda boleh meninggalkan peranti anda tanpa menerima isyarat.
Untuk Dompet iPhone dengan MagSafe anda yang disokong, anda boleh mendapatkan isyarat jika ia ditanggalkan daripada iPhone anda.
Penting: Walaupun anda boleh melihat dan mengurus isyarat pemisahan pada Mac, anda akan menerima isyarat pada peranti yang berkongsi lokasi anda—contohnya, iPhone anda. Lihat “Setkan isyarat terpisah sekiranya anda tertinggal peranti” dalam panduan pengguna untuk iPhone atau iPad atau Cari peranti yang tersalah letak dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Setkan isyarat untuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau AirPods anda
Anda boleh menyediakan isyarat terpisah untuk iPhone, iPad atau iPod touch dengan iOS 15, iPadOS 15 atau lebih baharu; Mac dengan Apple silicon dan macOS Monterey 12 atau lebih baharu; atau AirPods yang disokong dengan rangkaian Cari diaktifkan.
Anda menerima isyarat setiap kali peranti yang berkongsi lokasi anda terpisah daripada peranti yang anda setkan isyarat.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu setkan isyarat, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Jika anda mahu menambahkan Lokasi Dipercayai, anda boleh memilih lokasi yang dicadangkan, atau klik Lokasi Baharu, pilih lokasi pada peta, kemudian klik Selesai.
Klik Selesai.
Dapatkan makluman apabila Dompet iPhone anda ditanggalkan daripada iPhone anda
Anda boleh mendapatkan isyarat satu minit selepas Dompet iPhone dengan MagSafe anda yang disokong terpisah daripada iPhone anda. Kemudian, anda boleh menggunakan app Cari untuk melihat lokasi terakhir yang diketahui pada peta.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih nama Dompet iPhone dengan MagSafe yang disokong anda, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Terpisah.
Nyahaktifkan atau aktifkan Maklumkan Apabila Terpisah, kemudian klik Selesai.