Setkan isyarat pemisahan dalam Cari pada Mac sekiranya anda tertinggal peranti
Dalam app Cari pada Mac, anda boleh mengaktifkan isyarat terpisah untuk peranti supaya anda tidak tertinggal peranti secara tidak sengaja. Anda juga boleh menambah dan mengeluarkan lokasi dipercayai.
Penting: Walaupun anda boleh mengurus isyarat pemisahan pada Mac, anda menerima isyarat pada peranti yang berkongsi lokasi anda. Lihat “Setkan isyarat terpisah sekiranya anda tertinggal peranti” dalam panduan pengguna untuk iPhone atau iPad atau Cari peranti yang tersalah letak dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Anda boleh mengesetkan isyarat pemisahan untuk peranti berikut:
iPhone, iPad atau iPod touch dengan iOS 15, iPadOS 15 atau lebih baharu
Laptop Mac dengan Apple silicon dan macOS 12 atau lebih baharu
AirPods disokong dengan rangkaian Cari diaktifkan
iPhone Wallet dengan MagSafe yang disokong
Aktifkan atau nyahaktifkan isyarat pemisahan
Untuk kebanyakan peranti, anda menerima isyarat setiap kali ia terpisah daripada peranti yang berkongsi lokasi anda. Untuk iPhone Wallet dengan MagSafe, anda menerima isyarat 1 minit selepas ia terpisah daripada iPhone anda.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal (atau Maklumkan Apabila Terpisah).
Di bahagian atas, aktifkan atau nyahaktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal (atau Maklumkan Apabila Terpisah), kemudian klik Selesai.
Tambah lokasi dipercayai
Lokasi dipercayai ialah lokasi yang anda boleh meninggalkan peranti anda tanpa menerima isyarat.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal (atau Maklumkan Apabila Terpisah).
Klik Lokasi Baharu.
Petua: Lokasi dipercayai sebelum ini kelihatan dalam senarai Cadangan supaya anda boleh menambahnya semula dengan cepat.
Dalam medan carian, masukkan lokasi dan tekan Return, atau pilih lokasi yang dicadangkan.
Untuk mengubah saiz jejari lokasi, klik Kecil, Sederhana atau Besar.
Klik Selesai, kemudian pilih sama ada ini ialah lokasi dipercayai untuk peranti ini sahaja atau untuk semua peranti dan item anda.
Klik Selesai lagi.
Keluarkan lokasi dipercayai
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti, kemudian klik butang Info pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal (atau Maklumkan Apabila Terpisah).
Di sebelah lokasi yang anda mahu keluarkan, klik butang Keluarkan .
Klik Keluarkan, kemudian klik Selesai.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari peranti tidak tersedia di semua negara atau rantau.