Skrin Final Cut Camera, menunjukkan kawalan kamera, butang Rakam dan tindihan grid pemidang tilik.

Gunakan kawalan kamera pro

Gunakan kawalan manual berkuasa termasuk kelajuan pengatup, ISO, imbangan putih dan fokus untuk lebih banyak fleksibiliti serta kawalan bagi proses rakaman video. Pantau video anda dengan garisan zebra, puncak fokus dan banyak lagi untuk mendapatkan rupa yang anda mahukan.

Ketahui lebih lanjut tentang kawalan kamera

Skrin Final Cut Camera, yang menunjukkan kawalan kamera dan butang Rakam.

Rakam video profesional

Rakam video tahap profesional dalam pelbagai codec, termasuk HEVC, Apple ProRes* dan Apple ProRes RAW. * Sesuaikan resolusi, kadar bingkai, ruang warna anda dan banyak lagi dengan mudah. Final Cut Camera meletakkan anda dalam kerusi pengarah dengan kawalan penuh untuk keseluruhan pengeluaran video anda.

Ketahui lebih lanjut tentang rakaman

Sesi rakaman Live Multicam dalam Final Cut Pro untuk iPad yang menunjukkan empat sudut kamera.

Rakam dengan Live Multicam

Sambung secara wayarles ke Final Cut Pro untuk iPad bagi menggunakan peranti anda sebagai kamera jauh dalam sesi Live Multicam. Anda boleh menyambungkan sehingga empat peranti yang menjalankan Final Cut Camera untuk merakam video dari berbilang sudut.

Ketahui lebih lanjut tentang Live Multicam

Untuk meneroka Panduan Pengguna Final Cut Camera, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

*Memerlukan model iPhone yang disokong.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.