Tukar kesan video untuk panggilan FaceTime pada Mac
Semasa panggilan video FaceTime, anda boleh menggunakan kesan video pada Mac yang serasi untuk memfokuskan perhatian pada anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan mod Potret
Dengan macOS 12 atau lebih baharu dan Mac dengan Apple silicon, anda boleh mengaktifkan mod Potret untuk mengaburkan latar belakang secara automatik dan meletakkan fokus visual pada anda.
Dalam app FaceTime pada Mac anda semasa panggilan video, lakukan satu daripada berikut:
Klik Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Kesan Video, kemudian pilih Potret.
Untuk menyahaktifkan mod Potret, nyahpilih Potret.
Klik jubin anda, kemudian klik butang Kesan Video .
Untuk menyahaktifkan mod Potret, klik butang itu lagi.
Aktifkan atau nyahaktifkan Bingkai Dipusatkan
Dengan macOS 12.3 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan Bingkai Dipusatkan apabila anda menyambungkan Apple Studio Display ke Mac anda. Bingkai Dipusatkan memastikan anda dan sesiapa dengan anda dipusatkan dalam bingkai semasa anda bergerak dalam panggilan video.
Dalam app FaceTime pada Mac anda semasa panggilan video, klik Pusat Kawalan dalam bar menu.
Klik Kesan Video, kemudian pilih Bingkai Dipusatkan. (Sebagai pilihan, pilih Potret untuk menggunakan kedua-dua kesan video pada masa yang sama.)
Untuk menyahaktifkan Bingkai Dipusatkan, nyahpilih Bingkai Dipusatkan.
Dengan macOS Ventura, anda boleh mendayakan kesan video semasa menggunakan kamera pada iPhone anda yang serasi. Lihat Gunakan iPhone anda sebagai kamera web.