![](https://help.apple.com/assets/61EA0ABF8D8DAF5A6D2474CB/61EA0ACF8D8DAF5A6D2474D3/ms_MY/b656dd5c27c0cd7b9f23fe70c352f8b6.png)
Tukar kesan video untuk panggilan FaceTime pada Mac
Semasa panggilan video FaceTime, anda boleh menggunakan kesan video pada Mac yang serasi untuk memfokuskan perhatian pada anda.
![Pusat Kawalan di penjuru kanan atas skrin Mac, menunjukkan ikon FaceTime (yang kelihatan apabila anda dalam panggilan FaceTime) dan Kesan Video serta Mod Mik (yang menukar video atau kesan, bergantung pada Mac anda).](https://help.apple.com/assets/61EA0ABF8D8DAF5A6D2474CB/61EA0ACF8D8DAF5A6D2474D3/ms_MY/b013265c32b4a4dc2392b0515886270e.png)
Aktifkan atau nyahaktifkan mod Potret
Dengan macOS Monterey dan Mac dengan Apple silicon, anda boleh mengaktifkan mod Potret untuk mengaburkan latar belakang secara automatik dan meletakkan fokus visual pada anda.
Dalam app FaceTime pada Mac anda semasa panggilan video, lakukan satu daripada berikut:
Klik Pusat Kawalan
dalam bar menu, klik Kesan Video, kemudian pilih Potret.
Untuk menyahaktifkan mod Potret, nyahpilih Potret.
Klik jubin anda, kemudian klik butang Kesan Video
.
Untuk menyahaktifkan mod Potret, klik butang itu lagi.
Aktifkan atau nyahaktifkan Bingkai Dipusatkan
Dengan macOS Monterey 12.3 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan Bingkai Dipusatkan apabila anda mempunyai Studio Display Apple disambungkan ke Mac anda. Bingkai Dipusatkan memastikan anda dan sesiapa sahaja bersama anda dipusatkan dalam bingkai apabila anda bergerak semasa panggilan video.
Dalam app FaceTime
pada Mac anda semasa panggilan video, klik Pusat Kawalan
dalam bar menu.
Klik Kesan Video, kemudian pilih Bingkai Dipusatkan. (Sebagai pilihan, pilih Potret untuk menggunakan kedua-dua kesan video pada masa yang sama.)
Untuk menyahaktifkan Bingkai Dipusatkan, nyahpilih Bingkai Dipusatkan.