Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat peserta dalam tataletak grid dalam FaceTime pada Mac
Dengan macOS 12 atau lebih baharu, semasa panggilan dengan empat atau lebih ramai orang, anda boleh melihat peserta dalam jubin bersaiz sama, disusun dalam grid. Jubin penutur diserlahkan secara automatik, jadi ia mudah untuk mengetahui orang yang bercakap. Bergantung pada model Mac anda, sesetengah jubin mungkin kelihatan dikaburkan.
Dalam app FaceTime pada Mac anda semasa panggilan video, alihkan penuding ke atas tetingkap panggilan, kemudian klik Grid di bahagian kanan atas tetingkap.
Untuk menyahaktifkan Grid, kliknya lagi.