Sertai panggilan daripada pautan FaceTime
Apabila anda menerima pautan ke panggilan FaceTime, anda boleh menyertai panggilan di web menggunakan peranti Apple, Android atau Windows yang memenuhi keperluan ini. (Jika Mac anda mempunyai macOS 12 atau lebih baharu, anda menyertai panggilan dalam FaceTime.)
Sertai panggilan pada Mac anda daripada pautan FaceTime
Klik pautan ke panggilan FaceTime, kemudian klik Sertai dalam app FaceTime pada Mac anda.
Jika anda pemilik asal pautan FaceTime, panggilan bermula. Pemilik asal pautan FaceTime boleh membenarkan anda menyertai panggilan serta-merta; pemanggil lain (yang menggunakan peranti Apple, yang diluluskan dan yang telah menyertai panggilan selama sekurang-kurangnya 30 saat) juga boleh meluluskan (atau menolak) permintaan untuk menyertai panggilan.
Nota: Dengan macOS 12 atau lebih baharu, anda menyertai panggilan dalam FaceTime; jika tidak, anda menyertai panggilan dalam pelayan anda.
Selepas anda dalam panggilan, anda boleh menambah lebih ramai orang ke panggilan FaceTime, menukar paparan panggilan anda, menjedakan panggilan video, menukar pilihan audio pada panggilan, berkongsi pautan ke panggilan, atau menamatkan panggilan.
Sertai panggilan pada peranti Android atau Windows daripada pautan FaceTime
Klik atau ketik pautan ke panggilan FaceTime.
Masukkan nama anda untuk menyertai panggilan, kemudian klik atau ketik Teruskan.
Kali pertama anda menyertai panggilan FaceTime pada peranti, anda mungkin perlu membenarkan FaceTime akses kepada mikrofon dan kamera anda.
Klik atau ketik Sertai.
Pemilik asal pautan FaceTime boleh membenarkan anda menyertai panggilan serta-merta. Pemanggil lain (yang menggunakan peranti Apple, yang diluluskan dan yang telah menyertai panggilan selama sekurang-kurangnya 30 saat) juga boleh meluluskan (atau menolak) permintaan untuk menyertai panggilan.
Selepas anda dalam panggilan, anda boleh mengurus panggilan—sebagai contoh, anda boleh berkongsi pautan dengan orang lain, menukar paparan anda dan banyak lagi.
Untuk menamatkan panggilan, klik atau ketik Keluar di penjuru kiri bawah.