Aktifkan Kapsyen Langsung dalam FaceTime pada Mac
Semasa anda pada panggilan video, anda boleh mengaktifkan Kapsyen Langsung (Beta) untuk melihat perbualan ditranskripsi pada skrin. Jika anda menghadapi kesukaran mendengar perbualan, Kapsyen Langsung boleh memudahkan anda mengikuti perbualan. Semua audio diproses pada Mac anda.
Nota: Kapsyen Langsung sedang dalam beta, hanya tersedia pada komputer Mac dengan Apple silicon dan tidak tersedia dalam semua bahasa, negara, atau rantau. Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza dan tidak seharusnya diharapkan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan. Kapsyen Langsung menggunakan kuasa tambahan.
Semasa panggilan video dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih Kapsyen Langsung (Beta) dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik butang Bar Sisi di bahagian bawah tetingkap.
Jika diminta, klik Muat Turun.
Model bahasa untuk menjana dan memaparkan kapsyen automatik dimuat turun ke Mac anda.
Untuk menyahaktifkan Kapsyen Langsung, nyahpilih Kapsyen Langsung dalam bar sisi.