![](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/b656dd5c27c0cd7b9f23fe70c352f8b6.png)
Tukar pilihan audio untuk panggilan FaceTime pada Mac
Dengan macOS 12 atau lebih baharu (dan pada model Mac tahun 2018 dan lebih baharu), Audio Ruang menjadikan bunyi seperti rakan anda berada dalam bilik bersama dengan anda.
Dengan pilihan audio, anda boleh melaraskan kelantangan, menyenyapkan panggilan, atau melaraskan seting mikrofon untuk menapis keluar bunyi latar belakang atau menangkap bunyi di sekeliling anda.
![Pusat Kawalan di penjuru kanan atas skrin Mac, menunjukkan ikon FaceTime (yang kelihatan apabila anda dalam panggilan FaceTime) dan Kesan Video serta Mod Mik (yang menukar video atau kesan, bergantung pada Mac anda).](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/8ace97ec43975d5ba0bf798586f9fbe4.png)
Senyapkan atau tukar kelantangan panggilan FaceTime pada Mac
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut semasa panggilan:
Senyapkan diri sendiri: Dalam app FaceTime
, gerakkan penuding di atas tetingkap panggilan, kemudian klik butang Senyap
(atau gunakan Touch Bar). Anda masih boleh mendengar orang lain dalam panggilan, tetapi mereka tidak boleh mendengar anda.
Untuk nyahsenyapkan diri anda sendiri, klik butang Senyap lagi.
Tukar kelantangan mikrofon anda: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Bunyidalam bar sisi, pergi ke Output & Input di sebelah kanan, klik Input, kemudian seret gelangsar “Kelantangan Input”. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Ubah kelantangan yang anda dengar: Lihat Naikkan atau turunkan kelantangan Mac anda.
Tapis bunyi latar belakang
Apabila anda mahu suara anda didengar dengan jelas pada panggilan FaceTime dan bunyi lain ditapis keluar, anda boleh mengaktifkan Pengasingan Suara (tersedia pada model Mac tahun 2018 dan lebih baharu dengan macOS 12 atau lebih baharu). Pengasingan Suara mengutamakan suara anda pada panggilan FaceTime dan sekat bunyi ambien.
Dalam app FaceTime
pada Mac anda semasa panggilan, klik Pusat Kawalan
dalam bar menu, kemudian klik Mod Mik.
Pilih Pengasingan Suara.
Sertakan bunyi di sekeliling anda
Apabila anda mahu suara anda dan semua bunyi di sekeliling anda didengar pada panggilan FaceTime, anda boleh mengaktifkan Spektrum Lebar (tersedia pada model Mac tahun 2018 dan lebih baharu dengan macOS 12 atau lebih baharu).
Dalam app FaceTime
pada Mac anda semasa panggilan, klik Pusat Kawalan
dalam bar menu, kemudian klik Mod Mik.
Pilih Spektrum Lebar.