Sulitkan dan lindungi cakera dengan kata laluan menggunakan Utiliti Cakera pada Mac
Apabila anda format volum dalaman atau luaran, anda boleh menyulit dan melindungi volum tersebut dengan kata laluan. Jika anda menyulitkan cakera dalaman, anda mesti memasukkan kata laluan untuk akses cakera tersebut dan maklumatnya. Jika anda menyulitkan cakera luaran, anda mesti memasukkan kata laluan apabila anda menyambung peranti ke komputer anda.
Penting: Jika anda menyulitkan pemacu luaran, anda tidak boleh menyambungkannya ke stesen pangkalan AirPort untuk sandaran Time Machine.
Untuk menyulit dan melindungi volum dengan kata laluan menggunakan Utiliti Cakera, anda mesti padam volum tersebut dahulu. Jika volum mengandungi fail yang anda ingin simpan, pastikan untuk menyalinnya ke volum lain.
Penting: Anda boleh menyulitkan data anda tanpa memadamnya dengan mengaktifkan FileVault dalam anak tetingkap Keselamatan & Privasi pada Keutamaan Sistem (lihat Sulitkan data Mac dengan FileVault). Anda juga boleh menyulitkan cakera dan melindunginya dengan kata laluan tanpa memadamnya (Control-klik cakera tersebut dalam Finder, kemudian pilih “Sulitkan nama cakera”. Lihat Sulitkan cakera atau kad memori untuk melindungi maklumat Mac anda.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Jika cakera mengandungi sebarang fail yang anda mahu simpan, salinnya ke cakera atau volum lain.
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.
Dalam bar sisi, pilih cakera yang anda mahu sulitkan.
Klik butang Padam dalam bar alat.
Masukkan nama untuk volum.
Klik menu timbul Skema, kemudian pilih Peta Petak GUID.
Klik menu timbul Format, kemudian pilih format sistem fail disulitkan.
Masukkan dan sahkan kata laluan, kemudian klik Pilih.
(Pilihan) Jika tersedia, klik Pilihan Keselamatan, gunakan gelangsar untuk memilih bilangan kali untuk menulis ke atas data dipadamkan, kemudian klik OK.
Pilihan pemadaman selamat tersedia hanya untuk sesetengah jenis peranti storan. Jika butang Pilihan Keselamatan tidak tersedia, Utiliti Cakera tidak boleh melaksanakan pemadaman selamat pada peranti storan.
Menulis atas data tiga kali memenuhi standard Jabatan Tenaga Amerika Syarikat untuk memadam media magnetik dengan selamat. Menulis atas data tujuh kali memenuhi standard Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat 5220-22-M.
Klik Padam, kemudian klik Selesai.
Untuk menukar kata laluan, pilih volum dalam bar sisi, kemudian pilih Fail > Tukar Kata Laluan.