Format cakera untuk komputer Windows menggunakan Utiliti Cakera pada Mac
Jika anda memasang Windows pada Mac anda menggunakan Boot Camp, anda boleh memformatkan cakera atau volum sebagai volum kedua untuk digunakan dengan sistem pengendalian Windows. Anda juga boleh menyediakan cakera sandaran untuk komputer Windows, dengan memformatkannya menggunakan dua format MS-DOS.
AMARAN: Memformatkan cakera atau volum memadam semua fail padanya. Simpan mana-mana fail yang anda perlukan ke volum lain sebelum pemformatan.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.
Dalam bar sisi, pilih cakera yang anda mahu formatkan untuk digunakan dengan komputer Windows.
Klik butang Padam .
Klik menu timbul Skema, kemudian pilih Rekod But Induk.
Klik menu timbul Format, kemudian pilih satu daripada berikut:
MS-DOS (FAT): Pilih format ini jika saiz cakera 32 GB atau kurang.
ExFAT: Pilih format ini jika saiz cakera melebihi 32 GB.
Masukkan nama untuk volum.
Panjang maksimum untuk nama volum ialah 11 aksara.
Klik Padam, kemudian klik Selesai.
Anda juga boleh petak cakera menggunakan tataletak petak Rekod But Induk, yang serasi dengan Windows.