Baiki cakera dalam set cakera dicerminkan menggunakan Utiliti Cakera pada Mac
Apabila anda membatalkan sambungan cakera yang sebahagian daripada set cakera dicerminkan dan kemudian menyambungnya semula, cakera tersebut perlu dibaiki supaya ia mengandungi data terkini. Jika anda memilih kotak semak “Bina semula secara automatik” semasa anda mencipta set RAID dicerminkan, cakera tersebut dibaiki secara automatik bila-bila anda batalkan sambungan dan menyambungnya semula. Jika anda tidak memilih pilihan “Bina semula secara automatik”, anda boleh menyambung semula dan membaiki ahli cakera secara manual.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Sambung semula cakera yang ahli kepada set cakera.
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih set cakera dalam bar sisi, kemudian klik Perbaiki.
Pilih cakera yang anda ingin perbaiki, kemudian klik Pilih.
Klik Perbaiki.