Empat volum dalam bekas APFS dalam bar sisi Utiliti Cakera.

Biarkan macOS menguruskan ruang antara berbilang volum

Dengan Sistem Fail Apple (APFS), sistem fail yang diperkenalkan dalam macOS 10.13, anda boleh menambah dan memadamkan volum pada peranti storan anda dengan mudah. Volum diformatkan APFS membesar dan mengecil secara automatik—anda tidak perlu memetakkan semula peranti storan lagi.

Cara untuk menambahkan volum ke bekas APFS

Pilihan APFS (Disulitkan) dalam menu Format.

Pastikan peranti storan luaran anda selamat

Apabila anda mendapat pemacu kilat atau peranti storan lain, formatkannya sebagai APFS dan sulitkannya dengan kata laluan untuk melindungi kandungannya.

Cara untuk melindungi peranti storan dengan kata laluan

Dialog Bantuan Kecemasan dalam bar alat Utiliti Cakera.

Periksa cakera anda

Jika anda mempunyai masalah dengan cakera, Utiliti Cakera boleh memeriksa cakera dan membaiki masalah yang dikesan.

Cara untuk membaiki cakera

Untuk melayari Panduan Pengguna Utiliti Cakera, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.