Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Saiz semula imej cakera menggunakan Utiliti Cakera pada Mac
Anda boleh membaca dan menulis ke imej cakera atau menukar saiznya. Sebagai contoh, anda boleh membuat imej cakera lebih kecil untuk menjimatkan ruang cakera atau membuatnya lebih besar untuk menyimpan lebih banyak maklumat padanya.
Nota: Untuk mensaiz semula imej cakera, tutup dahulu imej dengan mengeluarkannya, supaya ia tidak muncul dalam bar sisi apabila anda membuka Utiliti Cakera.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Pergi ke app Utiliti Cakera
pada Mac anda.
Jika Utiliti Cakera tidak dibuka, klik
dalam Dock, taipkan Utiliti Cakera dalam medan Carian, kemudian klik
.
Pilih Imej > Saiz Semula, pilih fail imej cakera yang anda mahu saiz semula, kemudian klik Pilih.
Taipkan saiz baru, kemudian klik Saiz Semula.