Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Skema petak tersedia dalam Utiliti Cakera pada Mac
Apabila anda memadamkan dan memformatkan peranti storan dalam Utiliti Cakera pada Mac, anda diminta memilih skema untuk digunakan. Utiliti Cakera menyokong skema berikut:
Peta Petak GUID: Pilih pilihan ini untuk semua komputer Mac berasaskan Intel dan Apple silicon. Sesetengah komputer berasaskan Windows Microsoft yang baru juga boleh menggunakan skema ini.
Rekod But Induk: Pilih pilihan ini untuk keserasian dengan semua komputer berasaskan Windows Microsoft.
Peta Petak Apple: Pilih pilihan ini untuk keserasian dengan komputer Mac berasaskan PowerPC yang lama.