Petakkan cakera fizikal menggunakan Utiliti Cakera pada Mac
Memetakkan cakera membahagikannya ke beberapa bahagian individu. Anda mungkin perlu memetak cakera jika anda ingin memasang sistem operasi berbilang atau jika anda perlu menukar format peranti.
Cara anda memetakkan cakera bergantung pada format fail yang ia gunakan.
Jika anda memetakkan cakera fizikal dalaman anda kerana anda ingin memasang Windows, gunakan Pembantu Boot Camp.
Penting: Jangan gunakan Utiliti Cakera untuk mengeluarkan petak yang dicipta menggunakan Pembantu Boot Camp. Gunakan Pembantu Boot Camp untuk mengeluarkan petak daripada Mac anda.
Buka Pembantu Boot Camp untuk saya
AMARAN: Untuk mengelakkan kehilangan data pada Fusion Drive anda, jangan sambungkannya ke Mac yang menggunakan versi OS X lebih awal daripada 10.8.5. Lihat artikel Sokongan Apple Hanya sambungkan pemacu OS X Mavericks Fusion ke OS X Mountain Lion v10.8.5 atau lebih baru.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Tambah volum pada bekas APFS
Sistem Fail Apple (APFS) memperuntukkan ruang cakera atas permintaan; walau bagaimanapun, anda boleh menguruskan peruntukan volum APFS jika diperlukan.
Penting: Sebagai langkah berhati-hati, adalah lebih baik untuk membuat sandaran data anda sebelum mencipta petak baru pada peranti anda.
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.
Pilih volum APFS sedia ada dalam bar sisi, kemudian klik butang Tambah Volum .
Masukkan nama untuk volum APFS baru.
Klik menu timbul Format, kemudian pilih format sistem fail.
Jika anda mahu menguruskan peruntukkan volum APFS secara manual, klik Pilihan Saiz dan masukkan nilai ke dalam medan:
Saiz Rizab: Saiz rizab pilihan memastikan jumlah storan akan kekal tersedia untuk volum ini.
Saiz Kuota: Saiz kuota pilihan mengehadkan storan yang boleh diperuntukkan oleh volum.
Apabila anda selesai, klik OK.
Klik Tambah, kemudian klik Selesai.
Tambah petak pada peranti yang diformatkan sebagai Mac OS Lanjutan, MS-DOS (FAT) atau ExFAT
Penting: Sebagai langkah berhati-hati, adalah lebih baik untuk membuat sandaran data anda sebelum mencipta petak baru pada peranti anda.
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian klik butang Petak .
Peranti storan dalaman muncul di bawah bahagian Dalaman pada bar sisi. Peranti luaran muncul di bawah bahagian Luaran pada bar sisi.
Apabila anda pilih volum yang sudah mempunyai data padanya, carta pai menunjukkan kawasan dilorek mewakili jumlah data pada volum tersebut dan kawasan tidak dilorek mewakili jumlah ruang kosong tersedia untuk volum lain. Utiliti Cakera juga melaporkan sama ada volum boleh dikeluarkan atau disaiz semula.
Jika anda melihat volum kecil dengan asterisk, petak tersebut lebih kecil daripada yang ditunjukkan pada skala tepat pada carta.
Klik butang Tambah .
Klik setiap volum dalam carta pai pada sebelah kiri, kemudian masukkan nama untuknya.
Untuk volum MS-DOS (FAT) dan ExFAT, panjang maksimum untuk nama volum ialah 11 aksara.
Masukkan saiz atau seret pemisah untuk menambah atau mengurangkan saiz setiap volum.
Untuk setiap volum, klik menu timbul Format, kemudian pilih format sistem fail.
Klik Guna, kemudian klik Petak.
Klik Tunjukkan Butiran untuk melihat proses langkah demi langkah mencipta volum baru.
Apabila Utiliti Cakera selesai mencipta volum, klik Selesai.
Selepas anda memetakkan storan peranti, satu ikon untuk setiap volum muncul dalam kedua-dua bar sisi Utiliti Cakera dan bar sisi Finder.
Besarkan petak diformatkan sebagai Mac OS Lanjutan, MS-DOS (FAT) atau ExFAT
Jika anda mempunyai berbilang volum diformatkan sebagai Mac OS Lanjutan, MS-DOS (FAT), atau ExFAT pada peranti dan salah satu daripadanya kehabisan ruang, anda mungkin boleh membesarkannya tanpa kehilangan sebarang fail padanya.
Untuk membesarkan volum, anda mesti memadam volum yang muncul selepas ia pada cakera, kemudian alihkan titik penghujung petak yang anda ingin besarkan ke dalam ruang yang dikosongkan. Anda tidak boleh membesarkan volum terakhir pada peranti.
AMARAN: Apabila anda memadam volum, semua data padanya dipadamkan. Pastikan untuk buat sandaran data anda sebelum anda bermula.
Dalam app Utiliti Cakera pada Mac anda, pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.
Dalam bar sisi, pilih peranti yang mengandungi volum yang anda mahu besarkan, kemudian klik butang Petak .
Dalam carta pai pada sebelah kiri, pilih volum yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan .
Klik Guna.
Volum itu dikeluarkan, diformatkan semula dan semua ruang kosong diperuntukkan kepada volum sebelumnya.
Klik Selesai.