Perihal Utiliti Cakera pada Mac
Anda boleh menggunakan Utiliti Cakera pada Mac anda untuk menguruskan cakera dalaman dan peranti storan luaran. Menggunakan Utiliti Cakera, anda boleh:
Susun dan mengurus data anda dengan membahagikan cakera anda kepada beberapa bahagian dipanggil petak. Setiap petak yang diformatkan secara betul muncul sebagai volum dalam Finder.
Cipta imej cakera, fail tunggal yang anda boleh gunakan untuk memindahkan fail daripada satu komputer kepada yang lain atau untuk menyandarkan dan mengarkib kerja anda.
Gabungkan berbilang cakera keras ke dalam set RAID yang bertindak sebagai cakera tunggal. Menggunakan cakera keras dalam set RAID meningkatkan prestasi, kebolehpercayaan dan kapasiti storan sistem storan data anda, bergantung pada jenis set yang anda pilih.
Semak dan baiki ralat pada cakera dan volum anda.
Buka Utiliti Cakera untuk saya