Mencipta kelas untuk Schoolwork dan Bilik Darjah
Terdapat beberapa cara mencipta kelas untuk pelajar dan guru. Memilih pilihan terbaik anda bergantung pada beberapa faktor—contohnya, pertimbangkan sama ada organisasi anda telah mencipta Apple ID Terurus, sama ada anda menggunakan iPad Dikongsi, atau sama ada anda memerlukan keupayaan guru untuk menambah kelas yang tidak diwakili dalam Sistem Maklumat Pelajar anda, seperti kelab selepas waktu sekolah atau aktiviti pemerkayaan.
Jika sekolah anda telah mencipta Apple ID Terurus untuk pelajar dan guru, amalan terbaik ialah untuk mencipta jadual kelas dalam Apple School Manager yang tersedia secara automatik dalam Schoolwork dan Bilik Darjah selepas pelajar serta guru log masuk ke peranti mereka. Schoolwork memerlukan penggunaan Apple ID Terurus.
Jika anda tidak menggunakan Apple ID Terurus, anda boleh mengkonfigurasi app Bilik Darjah (tetapi bukan Schoolwork) dengan kelas terurus menggunakan penyelesaian MDM anda, atau guru boleh mencipta kelas tidak terurus mereka sendiri dalam Bilik Darjah dengan menjemput pelajar berdekatan.