iPad Dikongsi dalam pengerahan peranti Apple
iPad Dikongsi membolehkan berbilang pelajar menggunakan iPad yang sama dalam bilik darjah. Dengan cara ini, pengalaman belajar diperibadikan walaupun peranti dikongsi. Bukan sahaja transisi dari kelas ke kelas dipermudahkan tetapi masa juga dijimatkan. Ianya lebih mudah untuk pelajar teruskan kerja yang ditinggalkan dan menyimpan kerja pelajar secara automatik. Apabila digunakan dengan Bilik Darjah, cache pintar membantu mempercepat log masuk pelajar dengan mengembalikan pelajar kepada iPad yang mereka gunakan sebelum ini.
iPad Dikongsi memerlukan penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) dan Apple ID Terurus yang dikeluarkan dan dimiliki oleh organisasi. Pengguna dengan Apple ID Terurus kemudian boleh log masuk ke iPad Dikongsi, yang dimiliki oleh organisasi. Peranti mesti mempunyai sekurang-kurangnya 32 GB storan dan diselia. iPad Dikongsi disokong pada:
iPad Pro
iPad (generasi ke-5 atau lebih baharu)
iPad Air 2 (atau lebih baharu)
iPad mini (generasi ke-4 atau lebih baharu)