Dayakan fakulti untuk menyepadukan peranti Apple ke dalam pengajaran mereka
Bekerja dengan pasukan perancangan anda untuk menentukan pembelajaran profesional—di permulaan usaha teknologi anda dan untuk setiap tahun persekolahan. Pertimbang tentang tema dan tujuan latihan, cara sekolah memberi latihan kepada pekerja dan orang yang akan menjadi individu yang bertanggungjawab secara terus (DRI) untuk mengadakan latihan.
Sumber Pembelajaran Profesional Apple (APL) direka bentuk untuk menyokong dan meningkatkan amalan arahan. Sokong guru anda dengan sumber pembangunan profesional supaya mereka boleh memanfaatkan iPad, Mac dan pelbagai jenis app serta bahan:
Komuniti Pendidikan Apple ialah hab baharu untuk sumber pembelajaran profesional Apple dan ruang kerjasama tempat pendidik boleh berhubung dan berkongsi idea.
Pusat Pembelajaran Guru Apple ialah program pembelajaran profesional percuma yang membantu membina kemahiran asas yang guru perlukan untuk menggunakan iPad, Mac dan app dalam bilik darjah secara bermakna. Guru Apple menawarkan sumber pembelajaran kendiri, arahan langkah demi langkah dan idea pelajaran untuk membantu guru menggunakan produk Apple secara berkesan untuk pembelajaran. Dengan menyelesaikan kuiz interaktif, guru boleh memperoleh lencana dan dikenali sebagai Guru Apple.
Forum Guru Apple (Beta) ialah tempat pendidik bertemu untuk berhubung dan bekerjasama tentang pengajaran serta pembelajaran dengan Apple. Ini adalah ruang anda untuk berkembang secara profesional bersama pendidik lain dan pakar Apple, mengembangkan rangkaian rakan anda sambil anda belajar.
Beta Forum tersedia dalam Bahasa Inggeris di negara dan rantau berikut: Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Siri Pembelajaran Pendidikan Apple ialah siri video yang direka bentuk untuk membantu pendidik menggunakan ciri terbina dalam peranti Apple mereka tanpa mengira tempat pembelajaran berlaku.
Dengan Panduan projek Semua Orang Boleh Cipta, guru boleh mencari sumber yang membantu menyepadukan kreativiti—dengan lukisan, muzik, foto dan video—ke dalam pelajaran merentas sebarang subjek.
Dengan bahan pengajaran dan pembelajaran daripada Kurikulum Semua Orang Boleh Kod, semua orang mempunyai keupayaan untuk belajar, menulis dan mengajar kod.
Pakar Pembelajaran Profesional Apple ialah pendidik yang boleh membimbing, mementor dan menyokong guru dalam melanjutkan kemahiran teknologi mereka dengan penekanan pada inovasi—untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran yang lebih mendalam. Untuk menerima sokongan daripada Pakar APL, secara maya atau di kampus sekolah anda, hubungi Eksekutif Akaun Apple anda di 1-800-800-2775 atau e-mel AppleProfessionalLearning@apple.com.
Nota: Pakar Pembelajaran Profesional Apple menyokong pendidik di seluruh dunia dengan pelbagai tawaran maya. Sokongan pada tapak mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat sumber guru, termasuk Panduan Cepat untuk Pembelajaran dengan Apple, 30 Petua Menjimatkan Masa untuk Guru dan Pendidikan Apple di Twitter.