Namakan semula peranti anda dalam app Beats untuk Android
Anda boleh peribadikan peranti Beats anda dengan nama tersuai atau pilih nama dicadangkan oleh app Beats.
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin untuk peranti anda yang disambungkan, kemudian ketik Namakan Semula.
Anda mungkin perlu skrol untuk melihat butang Namakan Semula.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Masukkan nama tersuai: Padam nama semasa, kemudian masukkan nama baru. (Ketik kursor yang berkelip, kemudian seret pemegang di bawah medan teks untuk menempatkan kursor.)
Benarkan app Beats mencadangkan nama: Ketik “Jana nama”. Teruskan mengetik sehingga anda menjumpai nama yang anda suka.
Selepas anda menetapkan nama yang sesuai untuk peranti Beats anda, ketik Selesai pada papan kekunci telefon Android.