DJ senarai main dengan app Beats untuk Android
App Beats membolehkan anda mengambil giliran dengan rakan untuk “memutar” lagu pada speaker Pill+ anda daripada dua peranti. Anda boleh menggunakan iPhone, iPad, telefon Android, atau tablet Android sebagai peranti kedua.
Nota: Anda tidak perlu memasang app Beats pada peranti kedua untuk menggunakan ciri DJ.
Jemput rakan untuk bermain set dengan anda
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Pill+, kemudian ketik DJ .
Pada speaker, butang berdenyut, menandakan ia dalam mod penemuan. Jika ia tidak berdenyut, tekan selama 3 saat untuk memulakan mod penemuan.
Ikuti arahan atas skrin untuk memasangkan peranti kedua anda ke speaker Pill+.
Kini anda boleh memainkan trek daripada kedua-dua peranti melalui app muzik kegemaran anda. Memainkan muzik pada satu peranti akan mengambil alih kawalan main balik pada speaker, menjedakan penstriman daripada peranti lain.
Petua: Jadikannya satu permainan. Main satu sampel trek, kemudian cabar rakan DJ anda untuk mainkan lagu asal.
Laras kelantangan main semula
Gunakan kawalan kelantangan pada mana-mana peranti dipasangkan.
Pisahkan kru
Dalam skrin peranti speaker dalam app Beats untuk Android, ketik DJ .
Peranti dipasangkan kedua tidak lagi boleh strim ke speaker dan output audio daripada peranti itu kembali ke speaker dalamannya.
Anda tidak boleh menggunakan mod DJ dan mod tersedia lain (Kuatkan dan Stereo) pada masa yang sama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Cipta pasangan stereo dengan app Beats untuk Android dan Kuatkan bunyi anda dengan app Beats untuk Android.