Teroka ciri peranti anda dalam app Beats untuk Android
Perlukan peringatan cepat tentang cara menjedakan trek, menaikkan kelantangan, menerima panggilan telefon, atau menggunakan Pembantu Suara? Anda boleh meneroka ciri Beats Studio Buds, Powerbeats Pro, Powerbeats, Solo Pro, atau Beats Flex daripada skrin peranti dalam app Beats.
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin untuk peranti Beats Studio Buds, Powerbeats Pro, Powerbeats, Solo Pro, atau Beats Flex anda yang disambungkan, kemudian ketik Teroka.
Pada sesetengah skrin peranti, anda mungkin perlu skrol ke bawah untuk melihat butang Teroka.
Selepas anda melengkapkan penyegar anda, ketik untuk menutup skrin teroka.
Nota: Bukan semua ciri tersedia pada semua peranti.