Perkenalkan peranti anda kepada app Beats untuk Android
Untuk mengurus fon kepala, fon telinga, atau speaker Pill+ anda, tambah peranti Beats disokong anda dahulu ke app Beats.
Nota: Untuk menggunakan app Beats, pastikan Bluetooth® diaktifkan dalam Tetapan Android > Sambungan.
Sambungkan peranti anda ke app Beats
Selepas anda memasang app Beats untuk Android, buka app.
Ketik Mulakan.
Ikuti arahan atas skrin untuk seting analitis dan privasi serta untuk seting akses lokasi.
Anda boleh menukar akses lokasi dan analitis app dalam skrin Seting App.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Hidupkan peranti Beats anda, letakkan peranti dalam mod berpasangan, kemudian ketik pemberitahuan yang muncul.
Nota: Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan pemberitahuan app dalam Tetapan > Pemberitahuan > Beats (atau dalam Tetapan > Aplikasi > Beats).
Dalam skrin Pilih Beats Anda, ketik peranti anda, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menghidupkan dan menyambungkan peranti Beats anda.
Jika peranti anda tidak boleh disambungkan menerusi app Beats, skrin sambung muncul. Ketik “Pergi ke Bluetooth” untuk membuka Tetapan Android > Bluetooth, kemudian pilih peranti dalam senarai Peranti Tersedia.
Selepas anda menyambungkan peranti anda, skrin peranti muncul. Di sini anda boleh:
Teroka ciri peranti Beats Studio Buds, Powerbeats Pro, Powerbeats, atau Solo Pro anda
Aktifkan atau nyahaktifkan pembatalan bunyi pada fon kepala Beats Studio3 anda
Apabila peranti anda dipasangkan dengan app Beats, peranti dipaparkan atas skrin setiap kali ia dihidupkan dan berada dalam liputan telefon Android anda. Sebagai tambahan, pemberitahuan paras bateri memaparkan paras cas peranti Beats anda (jika pemberitahuan app Beats diaktifkan dalam Seting telefon).
Jika app Beats tidak boleh mencari peranti anda
Dalam app Beats untuk Android, ketik Bantu Sambungkan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tambah peranti Beats lain ke app
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Hidupkan peranti Beats anda, letakkan peranti dalam mod berpasangan, kemudian ketik pemberitahuan yang muncul.
Nota: Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan pemberitahuan app dalam Tetapan > Pemberitahuan > Beats (atau dalam Tetapan > Aplikasi > Beats).
Dalam app Beats untuk Android, ketik , ketik Tambah Beats Baru, ketik peranti anda dalam skrin Pilih Beats Anda, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menghidupkan dan menyambungkan peranti Beats anda.
Nota: Jika peranti anda tidak boleh disambungkan menerusi app Beats, skrin sambung muncul. Ketik “Pergi ke Bluetooth” untuk membuka tetapan Bluetooth Android, kemudian pilih peranti dalam senarai “Peranti tersedia”.
Apabila peranti anda dipasangkan dengan app Beats, peranti dipaparkan atas skrin setiap kali ia dihidupkan dan berada dalam liputan telefon Android anda.