Cipta pasangan stereo dengan app Beats untuk Android
App Beats membolehkan anda menggunakan dua speaker Pill+ sebagai output stereo untuk pengalaman bunyi yang lebih dinamik. Dalam mod Stereo, satu speaker Pill+ memainkan saluran audio kiri dan satu lagi speaker memainkan saluran audio kanan.
Cipta kumpulan Stereo
Sebelum mencipta kumpulan Stereo, pastikan speaker Pill+ pertama dihidupkan dan disambungkan ke telefon Android anda.
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Pill+, kemudian ketik Stereo .
Jika kumpulan speaker Stereo atau Kuatkan tidak dicipta sebelum ini, app akan mencari speaker kedua.
Pastikan speaker kedua dihidupkan dan boleh ditemui.
Butang pada speaker berdenyut menandakan Pill+ dalam mod penemuan, sedia untuk dipasangkan. Jika ia tidak berdenyut, tekan selama 3 saat untuk memulakan mod penemuan.
Dalam skrin Pilih Pill+, ketik nama speaker yang anda mahu tambah ke kumpulan Stereo.
Kumpulan Stereo dicipta.
Tukar saluran audio antara speaker
Dalam app Beats untuk Android, ketik dalam skrin peranti speaker.
Speaker Pill+ yang memainkan saluran kanan kini memainkan saluran kiri dan sebaliknya.
Laras kelantangan speaker kumpulan Stereo
Apabila anda melaraskan kelantangan speaker dalam kumpulan stereo, semua speaker dilaraskan serentak.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Tekan butang kawalan kelantangan pada mana-mana speaker.
Gunakan butang kelantangan pada telefon Android dipasangkan anda atau kawalan kelantangan atas skrin dalam app muzik anda.
Nyahdaya kumpulan Stereo
Dalam skrin peranti speaker dalam app Beats untuk Android, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Stereo .
Ketik Putuskan Kumpulan.
Dalam kad yang muncul, ketik “Putuskan kumpulan”.
Output kembali ke speaker pertama dipasangkan.
Anda tidak boleh guna mod Stereo dan mod tersedia lain (DJ dan Kuatkan) pada masa yang sama. Untuk maklumat lanjut, lihat DJ senarai main dengan app Beats untuk Android dan Kuatkan bunyi anda dengan app Beats untuk Android.