Buat panggilan dengan Akses Bantu pada iPad
Orang yang menggunakan Akses Bantu pada iPad boleh menggunakan app Panggilan untuk membuat panggilan suara atau video FaceTime untuk berhubung dengan keluarga, rakan dan penyokong yang dipercayai. Jika app Panggilan tidak tersedia pada Skrin Utama, lihat Tambah, keluarkan dan sesuaikan app untuk Akses Bantu.
![iPad dalam Akses Bantu dengan app Panggilan dibuka, menunjukkan grid besar foto dan nama kenalan.](https://help.apple.com/assets/65A87C72DA343F86FB0BEB73/65A87C76DA343F86FB0BEB7F/ms_MY/296e45d7da1a8733da89ac1c3688515f.png)
Buat panggilan
Masuk Akses Bantu jika ia tidak aktif, kemudian buka app Panggilan.
Ketik kenalan, kemudian ketik Panggil.
Jika anda tidak melihat sebarang kenalan, pastikan kenalan telah ditambahkan ke senarai orang yang boleh dipanggil oleh orang yang menggunakan Akses Bantu. Lihat Sediakan Panggilan untuk Akses Bantu.
Untuk menamatkan panggilan, ketik Tamatkan Panggilan, kemudian ketik Tamatkan Panggilan lagi untuk mengesahkan.
Jawab panggilan
Untuk menjawab panggilan masuk dalam Akses Bantu, ketik Jawab. Jika anda tidak mahu menjawab panggilan, ketik Jangan Jawab, kemudian ketik Jangan Jawab lagi untuk mengesahkan.
Jika anda mengaktifkan Tunjukkan Lencana Pemberitahuan dalam Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu, apabila orang yang menggunakan Akses Bantu terlepas panggilan daripada kenalan yang mereka dibenarkan untuk panggil balik, Skrin Kunci dan app Panggilan menunjukkan ikon pemberitahuan. Lihat Tukar seting Akses Bantu.
Pada sebarang skrin dalam Akses Bantu, orang yang menggunakan Akses Bantu sentiasa boleh mengetik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya.