Pilih tataletak skrin untuk Akses Bantu pada iPad
Pada iPad, anda boleh menyesuaikan Akses Bantu untuk memaparkan item atas skrin dalam tataletak baris yang menjadikannya lebih mudah untuk membaca item dalam senarai, atau grid besar yang menekankan imej dan ikon. Anda boleh memilih tataletak baris atau grid apabila anda menyediakan Akses Bantu, atau pada bila-bila masa nanti.
Pilih tataletak skrin
Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu, kemudian pilih Baris atau Grid.
Petua: Ciri Akses Bantu lain, seperti pilihan untuk menghantar mesej menggunakan hanya emoji atau swafoto video, boleh menjadi berguna untuk orang yang memilih alternatif visual kepada teks. Lihat Sediakan Mesej untuk Akses Bantu.