Tukar seting Akses Bantu pada iPad
Selepas anda menyediakan Akses Bantu pada iPad, anda boleh menukar seting untuk app yang anda tambahkan dan menyesuaikan seting sistem lain mengikut keperluan. Anda menukar kebanyakan seting Akses Bantu dalam app Seting apabila Akses Bantu tidak aktif, walaupun sesetengah seting boleh ditukar dalam Akses Bantu.
Tukar seting Akses Bantu dalam app Seting
Dalam app Seting, anda boleh menambahkan app ke Akses Bantu dan menyesuaikannya, memilih tataletak skrin, menunjukkan atau menyembunyikan maklumat tambahan (seperti masa atau paras bateri) dan banyak lagi.
Untuk melaraskan seting ini, keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif, kemudian pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu. Di bawah ialah beberapa seting yang anda boleh laraskan.
![]() Hias Latar Pilih imej latar belakang untuk Skrin Kunci. | ![]() Pemberitahuan Aktifkan Tunjukkan Lencana Pemberitahuan supaya ikon kelihatan dan bunyi dimainkan apabila app mempunyai pemberitahuan baharu. | ![]() Siri Benarkan penggunaan Siri dalam Akses Bantu. | ![]() Paras Bateri Tunjukkan paras bateri pada Skrin Utama. |
![]() Tarikh & Masa Tunjukkan tarikh atau masa pada Skrin Kunci atau dalam bar status. | ![]() Pintasan Kebolehcapaian Aktifkan Pintasan Kebolehcapaian untuk mendayakan teknologi bantuan daripada dalam Akses Bantu dengan mengklik butang sisi tiga kali. | ![]() Buka Kunci dengan Satu Ketikan Buka kunci Skrin Kunci dengan satu ketikan. | ![]() Sembunyikan Butang Balik untuk App Tidak Optimum Sembunyikan butang Balik untuk app yang tidak dioptimumkan bagi Akses Bantu. |
Tukar seting semasa Akses Bantu aktif
Sesetengah seting sistem boleh dilaraskan tanpa perlu keluar daripada Akses Bantu. Contohnya, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Pesawat, atau mematikan iPad.
Untuk melaraskan seting ini semasa Akses Bantu aktif, klik butang Utama tiga kali (pada iPad dengan butang Utama) atau butang atas (pada model iPad lain), ketik Seting, kemudian masukkan kod laluan Akses Bantu. Di bawah hanyalah beberapa seting yang anda boleh laraskan.
![]() Penampilan Aktifkan Mod Gelap atau laraskan kecerahan skrin. | ![]() Kelantangan Anda boleh melaraskan kelantangan di sini, walaupun jika anda menyahdayakan butang kelantangan iPad. | ![]() Saiz teks Untuk menjadikan teks lebih mudah dibaca, besarkan saiz teks. | ![]() Pintasan Kebolehcapaian Aktifkan Pintasan Kebolehcapaian untuk mendayakan teknologi bantuan daripada dalam Akses Bantu dengan mengklik butang sisi tiga kali. |
Jika anda mahu mengesetkan jadual dan had masa skrin semasa Akses Bantu aktif, lihat Bermula dengan Masa Skrin dalam Panduan Pengguna iPad.
Anda juga boleh mereset Akses Bantu jika anda mahu memulakan semula dan menyediakannya lagi.