Reset Akses Bantu pada iPad
Jika anda menyediakan Akses Bantu pada iPad tetapi mahu memulakan semula, anda boleh meresetnya dan memulakan lagi.
Nota: Apabila anda mereset Akses Bantu, kandungan in-app, (seperti mesej, muzik dan foto) tidak dipadamkan dan masih tersedia pada iPad.
Reset Akses Bantu
Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Akses Bantu.
Ketik Reset Akses Bantu, kemudian ketik Reset.