Sediakan dan gunakan Panggilan dengan Akses Bantu pada iPad
Orang yang menggunakan Akses Bantu pada iPad boleh menggunakan app Panggilan
untuk membuat panggilan suara atau video FaceTime kepada keluarga, rakan dan penyokong yang dipercayai (seperti penyedia penjagaan). Anda boleh menambahkan app Panggilan apabila anda menyediakan Akses Bantu, atau pada bila-bila masa nanti.

Tambah app Panggilan
Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif.
Pergi ke app Seting
.Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Akses Bantu.
Ketik Urus App, kemudian ketik
bersebelahan Panggilan.Pilih pilihan untuk app (diterangkan dalam jadual di bawah), termasuk orang yang boleh dipanggil dan pilihan yang tersedia semasa panggilan.
Pilihan Panggilan
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terima Panggilan Daripada | Benarkan orang yang menggunakan Akses Bantu untuk menerima panggilan daripada sesiapa, daripada semua kenalan dalam app Kenalan, atau daripada kenalan dipilih sahaja (lihat Kegemaran di bawah). | ||||||||||
Buat Panggilan Kepada | Benarkan orang yang menggunakan Akses Bantu untuk memanggil sesiapa, semua kenalan dalam app Kenalan atau kenalan kegemaran sahaja (lihat Kegemaran di bawah). Jika anda membenarkan panggilan kepada sesiapa, orang yang menggunakan Akses Bantu boleh memanggil mana-mana kenalan serta mengembalikan panggilan daripada sesiapa yang telah memanggil mereka. | ||||||||||
Kegemaran | Kenalan kegemaran ditunjukkan pada skrin pertama apabila app Panggilan dibuka dalam Akses Bantu. Untuk menambah kenalan kepada Kegemaran, ketik Pilih Kenalan, ketik kenalan, pilih Panggilan atau Video (bergantung pada cara orang yang menggunakan Akses Bantu mahu menghubungi mereka), kemudian pilih nombor telefon atau alamat e-mel. Untuk menambah orang ke app Kenalan, lihat Tambah dan gunakan maklumat hubungan dalam Panduan Pengguna iPad. | ||||||||||
Pilihan semasa panggilan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Speaker | Benarkan penggunaan speaker semasa panggilan suara. | ||||||||||
Buat panggilan
Masuk Akses Bantu jika ia tidak aktif, kemudian pergi ke app Panggilan
.Lakukan salah satu daripada berikut:
Panggil kenalan kegemaran: Ketik kenalan, kemudian ketik Panggil.
Panggil mana-mana kenalan: Ketik Kenalan, ketik satu kenalan, kemudian ketik Panggil.
Jika anda tidak melihat kenalan yang anda jangkakan, pastikan kenalan telah ditambahkan ke senarai orang yang menggunakan Akses Bantu dibenarkan panggil. Lihat Tambah app Panggilan.
Petua: Anda boleh meringkaskan app Panggilan dengan menambah kenalan kegemaran. Apabila orang yang menggunakan Akses Bantu membuka app Panggilan, mereka melihat kenalan kegemaran mereka pada skrin pertama.
Untuk menamatkan panggilan, ketik Tamatkan Panggilan, kemudian ketik Tamatkan Panggilan lagi untuk mengesahkan.
Jawab panggilan
Untuk menjawab panggilan masuk dalam Akses Bantu, ketik Jawab. Jika anda tidak mahu menjawab panggilan, ketik Jangan Jawab, kemudian ketik Jangan Jawab lagi untuk mengesahkan.
Jika anda mengaktifkan Tunjukkan Lencana Pemberitahuan dan orang yang menggunakan Akses Bantu terlepas panggilan daripada kenalan yang mereka dibenarkan untuk panggil balik, Skrin Kunci dan app Panggilan menunjukkan ikon pemberitahuan. Untuk melihat orang yang memanggil, pergi ke app Panggilan. Jika panggilan bukan daripada kenalan kegemaran, ketik Terbaru.
Pada sebarang skrin dalam Akses Bantu, orang yang menggunakan Akses Bantu sentiasa boleh mengetik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya.