Tukar kod laluan Akses Bantu pada iPad
Anda boleh menukar kod laluan yang anda gunakan untuk memasuki dan keluar daripada Akses Bantu pada iPad, atau jika anda terlupa kod laluan, anda boleh menggunakan Akaun Apple untuk keluar dan meresetnya.
Tukar kod laluan Akses Bantu
Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif, kemudian pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu.
Ketik Seting Kod Laluan, ketik Tukar Kod Laluan Akses Bantu, kemudian masukkan kod laluan baharu.
Pilih Akaun Apple yang anda boleh gunakan untuk keluar daripada Akses Bantu dan mereset kod laluan Akses Bantu jika anda terlupanya. Ketik Set Pemulihan Akaun Apple, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple, kemudian masukkan kata laluan Akaun Apple. (Anda boleh melangkau langkah ini jika anda tidak mempunyai Akaun Apple.)
Jika anda terlupa kod laluan dan tidak boleh keluar daripada Akses Bantu
Jika anda menyediakan pemulihan Akaun Apple apabila anda mengesetkan kod laluan Akses Bantu, anda boleh menggunakan Akaun Apple pemulihan untuk keluar daripada Akses Bantu dan mereset kod laluan.
Klik butang Utama tiga kali (pada iPad dengan butang Utama) atau butang atas (pada model iPad lain), ketik Keluar daripada Akses Bantu, kemudian ketik “Terlupa kod laluan Akses Bantu?”
Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon pemulihan Akaun Apple, masukkan kata laluan pemulihan Akaun Apple, kemudian ketik “Lupa kata laluan?” untuk keluar daripada Akses Bantu.
Reset kod laluan Akses Bantu dalam app Seting . Lihat Tukar kod laluan Akses Bantu di atas.
Jika anda memerlukan bantuan dengan kod laluan peranti—kod nombor yang digunakan untuk membuka kunci iPad—lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa kod laluan iPad anda, gunakan Mac atau PC anda untuk meresetnya.