Hantar kod pengesahan dalam Apple School Manager
Kod pengesahan ialah kod enam digit yang dicipta secara dinamik supaya pengguna yang memerlukan pengesahan tambahan boleh mendaftar masuk ke Apple School Manager dan menggunakan akaun Apple ID Terurus mereka.
Mana‑mana pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, mana‑mana Pengurus, Kakitangan atau Pengajar semuanya memerlukan kod pengesahan enam digit bersama‑sama dengan kata laluan akaun Apple ID Terurus mereka. Ini meningkatkan keselamatan Apple School Manager.
Akaun pelajar yang tidak dikaitkan dengan Mac atau iPad yang tersenarai dalam Apple School Manager memerlukan kod pengesahan enam digit bersama‑sama kata laluan akaun Apple ID Terurus. Kod pengesahan untuk pelajar ini tamat tempoh selepas satu tahun.
Anda boleh menghantar kod pengesahan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakan Apple ID Terurus untuk mendaftar masuk ke iCloud (menggunakan Safari), ke anak tetingkap keutamaan iCloud (pada Mac) atau ke iPad (dengan iPad Yang Dikongsi).
Hantar kod pengesahan kepada pengguna
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk mereset kata laluan, menjana kod pengesahan dan mencipta maklumat daftar masuk. Lihat Keistimewaan peranan.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Ketik Kod Pengesahan .
Anda boleh memuat turun fail PDF dan .csv atau anda boleh menghantar e‑mel kod pengesahan kepada pengguna yang dipilih.
Pilih kaedah anda, ketik Teruskan, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Jika anda memilih .csv dan PDF, ketik Muat Turun dan pilih daripada berikut:
PDF 1 halaman: : Pilihan ini mencipta satu halaman untuk pengguna tersebut.
.csv : Pilihan ini mencipta fail .csv dengan lima lajur: Apple ID Terurus pengguna; nama pertama, tengah dan akhir; serta kata laluan sementara mereka.
Jika anda memilih e‑mel, Apple School Manager menghantar kata laluan sementara ke alamat e‑mel yang disenaraikan dalam butiran akaun pengguna. Pengguna menerima e‑mel daripada Apple School Manager dengan Apple ID Terurus dan kata laluan sementara mereka.
Hantar kod pengesahan kepada berbilang pengguna
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk mereset kata laluan, menjana kod pengesahan dan mencipta maklumat daftar masuk. Lihat Keistimewaan peranan.
Ketik Pengguna dalam bar sisi, kemudian cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Ketik Cipta dalam baris Kod Pengesahan .
Anda boleh memuat turun fail PDF dan .csv atau anda boleh menghantar e‑mel kod pengesahan kepada pengguna yang dipilih.
Pilih kaedah anda, ketik Teruskan, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Jika anda memilih .csv dan PDF, ketik Muat Turun dan pilih daripada berikut:
PDF 1 halaman: : Pilihan ini mencipta satu halaman untuk pengguna tersebut.
PDF 8 halaman : Pilihan ini mencipta 8 pengguna untuk setiap halaman.