Baca fail log dalam Apple School Manager
Apple School Manager mengekalkan log semua aktiviti yang anda lakukan. Fail log ini merupakan sumber penting dalam penyelesaian masalah sekiranya suatu aktiviti gagal diselesaikan sepenuhnya. Jika aktiviti gagal diselesaikan, semak semula fail log, cari dan betulkan ralat dan kemudian cuba lagi aktiviti tersebut.
Aktiviti | Mesej fail log |
---|---|
Cipta maklumat daftar masuk. | Jana .csv atau PDF atau hantar mesej mel dengan maklumat daftar masuk. |
Cipta kod pengesahan. | Jana .csv atau PDF atau hantar mesej mel dengan kod pengesahan. |
Setkan dasar kata laluan. | Ubah dasar kata laluan pelajar. |
Tugaskan peranan ke lokasi. | Tambah peranan dan lokasi ke akaun. |
Edit Apple ID Terurus. | Edit Apple ID Terurus akaun. |
Putuskan sambungan daripada sumber anda. | Putuskan sambungan daripada muat naik Sistem Maklumat Pelajar (SIS) atau Protokol Pemindahan Fail Selamat (SFTP) anda dan simpan semua akaun dan kelas secara setempat di Apple School Manager. |
Padamkan akaun. | Padamkan akaun. |
Nyahaktifkan akaun. | Nyahaktifkan akaun. |
Aktifkan semula akaun. | Aktifkan semula akaun. |
Tambah pelajar ke kelas. | Tambah pelajar ke kelas tertentu. |
Padam kelas. | Padam kelas. |
Tukar lokasi kelas. | Tukar lokasi kelas. |
Segerakkan aktiviti. | Segerakkan rekod secara automatik. |
Tugaskan peranti. | Tugaskan peranti yang dipilih. |
Tugaskan semula dan padamkan pelayan. | Tugaskan semula dan padamkan pelayan pengurusan peranti mudah alih (MDM) yang dipilih. |
Batalkan tugasan peranti. | Batalkan tugasan peranti yang dipilih. |
Batalkan tugasan dan padamkan pelayan. | Batalkan tugasan dan padamkan pelayan pengurusan peranti mudah alih (MDM) yang dipilih. |
Keluarkan peranti. | Keluarkan peranti yang dipilih. |
Dayakan Menambah Baik Schoolwork. | Benarkan Apple untuk memproses data penggunaan Schoolwork oleh pelajar dan pengajar dengan cara yang tidak dapat dikenal pasti secara peribadi menggunakan teknik seperti pembelajaran mesin untuk menambah baik Schoolwork. |
Nyahdayakan Menambah Baik Schoolwork. | Jangan benarkan Apple untuk memproses data penggunaan Schoolwork oleh pelajar dan pengajar dengan cara yang tidak dapat dikenal pasti secara peribadi menggunakan teknik seperti pembelajaran mesin untuk menambah baik Schoolwork. |
Baca fail log
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan yang boleh membaca fail log.
Ketik Aktiviti dalam bar sisi.
Dalam senarai yang terbuka, cari kategori dan peristiwa yang anda mahu dan kemudian pilihnya. Lihat Cara mencari.
Ketik Muat Turun Log, kemudian cari fail dalam folder yang digunakan oleh pelayar web anda untuk memuat turun fail, kemudian buka fail tersebut dan cari ralat itu.
Ralat log
Dalam Apple School Manager, anda boleh membaca fail log untuk mengetahui item yang telah diselesaikan dan untuk mengecam ralat. Jika aktiviti berjaya dilengkapkan, Apple School Manager menjana mesej log DIKEMAS KINI. Jika aktiviti gagal diselesaikan, fail log menjana mesej untuk membantu anda memahami bagaimana untuk membetulkan ralat itu. Di bawah ialah mesej log, bersama dengan pengelasan, perihalan dan aktiviti yang berkaitan. Cari mesej ini dalam fail log apabila aktiviti gagal.
Mesej Log | Pengelasan | Penerangan | Aktiviti yang berkaitan |
---|---|---|---|
NOT_ENOUGH _PRIVILEGE | WARNING | Tiada keistimewaan | Cipta maklumat daftar masuk. Cipta kod pengesahan. Setkan dasar kata laluan. Tugaskan peranan dan lokasi ke akaun. Padamkan akaun. Nyahaktifkan akaun. Aktifkan semula akaun. Tambah pelajar ke kelas. Padam kelas. Tukar lokasi kelas. Edit Apple ID Terurus. |
OPERATION_NOT _ALLOWED | WARNING | Akaun aktif | Padamkan akaun. Aktifkan semula akaun. |
OPERATION_NOT _ALLOWED | WARNING | Akaun baharu dan disegerakkan | Padamkan akaun. |
OPERATION_NOT _ALLOWED | WARNING | Akaun tidak aktif | Cipta maklumat daftar masuk. Cipta kod pengesahan. Setkan dasar kata laluan. Tugaskan peranan ke lokasi. |
NOT_FOUND | WARNING | Akaun dipadamkan atau dituntut | Cipta maklumat daftar masuk. Cipta kod pengesahan. Setkan dasar kata laluan. Tugaskan peranan ke lokasi. Padamkan akaun. Nyahaktifkan akaun. Aktifkan semula akaun. |
NO_EMAIL | WARNING | Tiada e‑mel pada fail | Cipta maklumat daftar masuk. Cipta kod pengesahan. |
EMAIL_UNAVAILABLE _AS_MAID | WARNING | E‑mel tidak tersedia sebagai Apple ID Terurus | Segerakkan jadual. |
USERNAME_CONFLICT _WITH_EXISTING _APPLE_ID_ISSUE | WARNING | Apple ID sudah digunakan | E‑mel tidak tersedia sebagai Apple ID Terurus. |
INTERNAL_ERROR | ERROR | Ralat pelayan | Cipta maklumat daftar masuk. Cipta kod pengesahan. |
OPERATION_NOT _ALLOWED_BY _VPP | ERROR | Lesen yang dikaitkan dengan akaun | Padamkan akaun. |
NOT_ENOUGH _PRIVILEGE | WARNING | Bukan pengguna | Cipta maklumat daftar masuk. Cipta kod pengesahan. Setkan dasar kata laluan. |
OPERATION_NOT _ALLOWED | WARNING | Dasar kata laluan disegerakkan | Setkan dasar kata laluan. |
NOT_ENOUGH _PRIVILEGE | WARNING | Menyahaktifkan diri | Nyahaktifkan akaun. |
OPERATION_NOT _ALLOWED | WARNING | Akaun manual baharu | Nyahaktifkan akaun. |
APPROVE_ADMIN _REQUEST_AND _CREATE_REPORT | COMPLETED _WITH_SUCCESS | Suai Tugas | Meluluskan permintaan, kelayakan yang boleh dimuat turun. |
APPROVE_ADMIN _REQUEST_AND _EMAIL | COMPLETED _WITH_FAILURE | Suai Tugas | Meluluskan permintaan, menghantar kelayakan melalui e‑mel. |
DENY_ADMIN _REQUEST | COMPLETED _WITH_ERROR | Suai Tugas | Menolak permintaan. |
ANALYTICS _PERSON_OPT _OUT | COMPLETED _WITH_SUCCESS | Menambah Baik Schoolwork | Pilih keluar daripada Menambah Baik Schoolwork untuk individu. |
ANALYTICS _PERSON_OPT _IN | COMPLETED _WITH_SUCCESS | Menambah Baik Schoolwork | Pilih masuk dalam Menambah Baik Schoolwork untuk individu. |
NOT_FOUND | WARNING | Kelas dipadamkan | Tambah pelajar ke kelas. |
OPERATION_NOT _ALLOWED | WARNING | Kelas disegerakkan | Tambah pelajar ke kelas. Padam kelas. Tukar lokasi kelas. |
INTERNAL_ERROR INVALID_INPUT | OPERATION_NOT _ALLOWED | Tugaskan peranti | Menugaskan peranti yang dipilih. Peranti dalam keadaan dikeluarkan. Pelayan MDM tidak wujud. |
INTERNAL_ERROR INVALID_INPUT | OPERATION_NOT _ALLOWED | Tugaskan semula dan padamkan pelayan | Tugaskan semula dan padamkan pelayan MDM yang dipilih. |
INTERNAL_ERROR INVALID_INPUT | OPERATION_NOT _ALLOWED | Batalkan tugasan peranti | Batalkan tugasan peranti yang dipilih. Peranti dalam keadaan dikeluarkan. Pelayan MDM tidak wujud. |
INTERNAL_ERROR INVALID_INPUT | OPERATION_NOT _ALLOWED | Batalkan tugasan dan padamkan pelayan | Batalkan tugasan dan padamkan pelayan pengurusan peranti mudah alih (MDM) yang dipilih. |
INTERNAL_ERROR INVALID_INPUT | OPERATION_NOT _ALLOWED | Keluarkan peranti | Keluarkan peranti yang dipilih. Peranti dalam keadaan dikeluarkan. Pelayan MDM tidak wujud. |
FIRST_NAME _EMPTY LAST_NAME _EMPTY EMAIL_ EMPTY | INTERNAL_ERROR OPERATION_NOT _ALLOWED SYNC_SCIM _ACCOUNTS | Segerakkan akaun SCIM | Segerakkan akaun daripada Azure AD menggunakan SCIM. |