Segerakkan pengguna daripada Azure AD ke dalam Apple School Manager
Anda boleh menggunakan Penyegerakan Direktori untuk menyegerakkan pengguna daripada Microsoft Azure Active Directory (MS Azure AD) kepada Apple School Manager. Selepas anda membaca keperluan untuk menggunakan SCIM dan mempunyai pentadbir Azure AD dengan kebenaran untuk mengedit aplikasi perusahaan bersedia, anda boleh meneruskan tugasan berikut.
Penting: Anda hanya mempunyai 4 hari kalendar untuk melengkapkan pemindahan token ke Azure AD dan berjaya mewujudkan sambungan atau anda mesti memulakan proses semula.
Sediakan Azure AD untuk menerima token
Daftar masuk ke dalam portal web Azure (https://portal.azure.com), ketik pada ikon menu di penjuru kiri sebelah atas, kemudian pilih Azure Active Directory.
Jika perlu, pilih Semua aplikasi dalam bar sisi, kemudian pilih app Azure AD Apple School Manager (anda akan melihat ikon Apple School Manager ).
Lihat artikel Sokongan Microsoft Tambahkan aplikasi ke penyewa Azure AD anda.
Nota: Anda hendaklah menggunakan app Apple School Manager Azure AD sahaja apabila menyambung dengan SCIM.
Pilih Peruntukan dalam bar sisi, ketik Mulakan, kemudian pilih Automatik (mod peruntukan).
Jika anda sedang menyambung semula, anda mungkin tidak melihat Bermula. Jika anda tidak melihatnya, ketik Edit Peruntukan.
Salin token SCIM
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Penyegerakan Direktori .
Ketik Sambung bersebelahan SCIM, baca amaran dengan teliti, ketik Salin, kemudian ketik Tutup.
Biarkan tetingkap ini terbuka untuk menyalin URL penyewa daripada Apple School Manager ke Azure AD.
Penting: Token rahsia harus dikongsi hanya dengan pentadbir Azure AD.
Tampal token dan URL penyewa ke dalam app Azure AD
Dalam Apple School Manager, salin URL penyewa:
https://federation.apple.com/feeds/school/scim
Dalam app Azure AD Apple School Manager, padam sebarang kandungan dalam medan URL Penyewa, kemudian tampal URL penyewa daripada Apple School Manager.
Ketik Simpan, kemudian ketik Uji Sambungan.
Jika sambungan berjaya, Apple School Manager menunjukkan sambungan SCIM sebagai aktif. Ia boleh mengambil masa sehingga 60 saat untuk Apple School Manager menunjukkan status sambungan terkini.
Dalam bahagian Seting, masukkan alamat e‑mel Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu Apple School Manager kemudian pilih kotak semak “Hantar pemberitahuan e‑mel apabila kegagalan berlaku” supaya mereka menerima apa‑apa pemberitahuan ralat peruntukan.
Jika perlu, ketik Pemetaan dan edit atribut tersuai.
Penting: Jangan tambahkan pemetaan atribut lagi, jika tidak, proses SCIM akan gagal. Lihat jadual pemetaan di Keperluan SCIM.
Pilih jenis penyegerakan dan uji sambungannya
Nota: Pengesahan penyepaduan mesti dihidupkan untuk domain sebelum anda melakukan tugas ini.
Tentukan sama ada anda hanya ingin pengguna yang ditugaskan ke app Apple School Manager Azure AD untuk disegerakkan menggunakan SCIM atau semua pengguna dalam Azure AD untuk disegerakkan menggunakan SCIM. Jika anda tidak pasti pilihan yang harus digunakan, lihat Skop peruntukan.
Hidupkan Status Peruntukan, kemudian ketik Simpan.
Penting: Jika anda mengubah skop peruntukan, anda mesti mengosongkan keadaan semasa dan memulakan semula penyegerakan. Hubungi pentadbir Azure AD anda sebelum anda membuat sebarang perubahan pada sambungan SCIM.
Semak log peruntukan untuk memastikan sambungan berjaya.
Daftar keluar daripada portal web Azure AD.